unit WANITA
& KELUARGA

Pengenalan

Diwujudkan dalam usaha membantu masyarakat dalam menyampaikan ilmu berkaitan wanita dan kekeluargaan merangkumi kanak-kanak, belia dan dewasa dengan mengadakan pelbagai kelas dan aktiviti yang bersesuaian dengan golongan  sasaran.

Objektif

  • Menyebarkan ilmu berkaitan kekeluargaan.
  • Membentuk peribadi wanita unggul.
  • Membantu memperkukuh keluarga sebagai satu institusi sosial yang mengamalkan cara hidup Islam.
  • Menyediakan kelas dan program yang bermanfaat untuk kanak-kanak, belia dan dewasa.

Matlamat

  • Melahirkan keluarga yang berilmu, beriman, beramal dan bertaqwa.
  • Membina keluarga berjaya dunia dan akhirat.
  • Mengukuh asas pembinaan keluarga melalui pembangunan kanak-kanak, belia dan wanita.
  • Membangun ‘Keluarga Sakinah’ melalui institusi berkeluarga yang sempurna.

Fungsi & Peranan

  • Mengadakan kelas dan program berkenaan kekeluargaan selaras dengan keperluan masyarakat.
  • Menyediakan khidmat bimbingan, kaunseling keluarga dan nasihat Syari’e melalui panel penasihat keluarga.
  • Menyediakan kemudahan dan program berkonsepkan keluarga.