unit perkhidmatan
korporat &
KHIDMAT KOMUNITI

Pengenalan

Diwujudkan dalam usaha membantu MAMBS kearah pentadbiran yang lebih sistematik. Berfungsi sebagai penggerak dalam menjadikan MAMBS sebagai Pusat Komuniti Setempat.

Objektif

  • Mewujudkan sistem pentabiran, perkhidmatan dan kewangan masjid yang sistematik dan terbaik di Negeri Terengganu.
  • Menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada komuniti serta mendekatkan diri dengan masyarakat.
  • Memupuk semangat kecintaan terhadap budaya tolong-menolong dan bantu-membantu sesama masyarakat.
  • Memupuk perasaan bertimbang rasa dan keprihatinan terhadap komuniti di persekitaran.

Matlamat

  • Menjadi Pusat Rujukan utama bagi pentadbiran dan pengurusan masjid.
  • Memesrakan Masjid dengan Masyarakat Islam.
  • Mengukuhkan ukhuwah Masjid dengan belia dan remaja.
  • Membantu meringankan beban masyarakat sekitar.

Fungsi & Peranan

  • Memaksimumkan sumber manusia.
  • Mengoptimumkan keupayaan sumber kewangan.
  • Menggalak dan menanam semangat berkhidmat secara sukarela kepada masjid.
  • Menyediakan kemudahan dan program untuk belia dan remaja.
  • Membentuk kumpulan pembimbing belia.