pusat pengajian
al-quran & al-hadis

Pengenalan

Pusat Pengajian Al-Quran Dan Al-Hadis diwujudkan dalam usaha menyampaikan ilmu berkaitan Al-Quran dan Al-Hadis kepada masyarakat melalui pelaksanaan pelbagai kelas dan pengajian yang melibatkan dewasa, remaja  dan kanak-kanak.

Objektif

  • Menyebarkan ilmu Al-Quran dan Al-Hadis secara mendalam kepada golongan dewasa, belia, wanita dan kanak-kanak.
  • Membantu memperkukuhkan ilmu berkenaan Al-Quran dan Al-Hadis merangkumi Ilmu tajwid, tadabbur, taranum, qiraat dan asas Bahasa Arab.
  • Mencetus minat masyarakat untuk belajar pelbagai bentuk bacan Al-Quran dalam bidang qiraat.
  • Menghayati dan mengamalkan isi kandungan Al-Quran dan Al-Hadis dalam usaha mencontohi sunnah Rasulullah.

Matlamat

  • Menjadikan MAMBS sebagai “Pusat Tadabbur Al-Quran”.
  • Melahirkan masyarakat yang mencintai Al-Quran dan Al-Hadis.
  • Mengukuhkan kemahiran masyarakat terutama dari sudut pembacaan Al-Quran, pengetahuan tajwid, kesenian taranum dan ilmu yang berkait dengan Ulum Al-Quran.

Fungsi & Peranan

  • Menjadikan MAMBS sebagai platform pembentukan awal bagi penghafaz Al-Quran (Huffaz).
  • Persegaran program Al-Quran dan Al-Hadis secara lebih berfokus.
  • Mengadakan program berkaitan Al-Quran dan Al-Hadis dalam bentuk berkala, program one-off, samada dalam bentuk ceramah, forum, bengkel dan lain-lain selaras dengan keperluan masyarakat.
  • Melahirkan individu yang berpotensi untuk mengajar Ilmu Al-Quran kepada generasi akan datang.