SEJARAH MASJID


Sejarah MAMBS

Masjid Al-Muktafi Billah Shah (Masjid AMBS) merupakan sebuah masjid diraja yang terletak di Ladang, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Ia dinamakan sempena Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

Pembinaan masjid ini dilakukan pada 2 Mei 1981. Ianya siap sepenuhnya pada 2 November 1984 dengan kos perbelanjaan RM8.2 juta. Masjid ini mempunyai luas 3.3 ekar berhampiran Jalan Sultan Mahmud dan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).