MAKTABAH AL-GHAZALI


Menuntut ilmu adalah taqwa. Menyampaikan ilmu adalah ibadah. Mengulang-ulang ilmu adalah zikir. Mencari ilmu adalah jihad.

– Imam Al-Ghazali

Perpustakaan MAMBS

Maktabah Al-Ghazali telah beroperasi 13 Jun 2014. Maktabah Al-Ghazali diambil bersempena nama tokoh ulama Hujjatul Islam Al-Imam Al-Ghazali yang banyak menyumbangkan karya-karya Islam.  Antara kitab-kitab yang terkenal karangan beliau adalah Minhajul Abidin, Ihya’ Ulumuddin, Bidayatul Hidayah dan banyak lagi. Berkonsepkan rujukan dan penyelidikan.

Waktu Operasi

Maktabah beroperasi pada Ahad hingga Khamis, jam 10.00 pagi – 4.00 petang. Ditutup pada setiap Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum. Juga dibuka setiap malam bulan Ramadan dan semasa program utama dilaksanakan. 

Perkhidmatan

E-Buletin

Buletin MAMBS diterbitkan oleh Unit Informasi & Komunikasi sebagai platform pengisian ilmu untuk menyalurkan informasi maklumat, perjalanan aktiviti dan program ilmuan yang diadakan secara bulanan, mingguan dan tahunan.