KAFE BAS MAMBS


Makanan yang dibekalkan oleh golongan asnaf yang dapat menyediakan makanan berkualiti bagi membantu mereka menjana pendapatan sampingan. Ia juga menggalakkan masyarakat membudayakan sikap membeli sambil menderma melalui pembelian makanan dan minuman…

– Pengerusi Masjid

Makan sambil Derma

Kafe Bas MABS telah beroperasi bermula 30 Oktober 2018. Diperkenalkan sebagai usaha menggalakkan masyarakat bersama-sama menjana pendapatan masjid untuk menjalankan aktiviti dan dakwah. Menyediakan pelbagai makanan dan minuman termasuk pelbagai jenis nasi, laksa dan kuih tradisional Terengganu yang siap dibungkus dan boleh dibawa pulang.

Waktu Operasi

Kafe Bas beroperasi pada Ahad hingga Khamis, jam 8.00 pagi – 5.00 petang. Ditutup pada setiap Sabtu dan Cuti Umum.