dewan & bilik


Kemudahan & Fasiliti

(Masjid AMBS) merupakan sebuah masjid diraja yang terletak di Ladang, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Ia mempunyai kemudahan dan fasiliti yang mencukupi untuk menampung jemaah dalam masa-masa tertentu.

Dewan Solat Utama

  • Mampu menampung jemaah seramai 3500 orang.

Maktabah Al-Ghazali

  • Beroperasi Ahad hingga Khamis, jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang.

Dewan Solat Wanita

  • Menampung 700 orang jemaah.

Bilik Azan & Kawalan Siaraya

  • Ruang rehat bagi imam bilal serta tempat melaungkan azan
  • Ruang PA sistem, alatan multimedia untuk slide dan video streaming

Dewan Solat Atas

  • Menampung 500 orang jemaah.
  • Penginapan peserta lelaki semasa kem-kem yang dilaksanakan di MAMBS

Bilik Rundingcara

  • Digunakan untuk Klinik Kaunseling, Klinik Khidmat Nasihat Undang-undang Keluarga dan sebagainya

Pejabat Pengurusan Masjid

  • Pusat pentadbiran MAMBS.
  • Dibuka enam hari seminggu, Ahad hingga Jumaat - 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Bilik Tetamu

  • Ruang rehat tetamu dan penceramah jemputan.

Kaunter Resepsi Masjid

  • Kaunter khidmat pelanggan kepada Jemaah dan masyarakat.
  • Dikendalikan Pembantu Am Keselamatan 24 jam.

Bilik Mesyuarat Abu Amru

  • Digunakan untuk mesyuarat, kelas Al-Quran serta kelas marhaban dan berzanji.
  • Menampung sehingga 15 orang.

Dewan A’asim

  • Digunakan kelas pengajian, seminar dan sebagainya
  • Menampung sehingga 150 orang
    Kelengkapan tersedia termasuk kerusi, meja, papan putih, LCD dan Sistem PA

Ruang Makan Tetamu

  • Ruang makan tetamu jemputan.
  • Menampung 50 orang tetamu.

Dewan Naafi’

  • Digunakan aktiviti keilmuan, taklimat dan sebagainya.
  • Menampung sehingga 80 orang.

Bilik Ibnu Kathir

  • Digunakan untuk Akitiviti kanak-kanak, perbincangan dan kelas pengajian untuk kumpulan kecil

Bilik Ibnu Amir

  • Pusat operasi sukarelawan, daie, bilik operasi bagi aktiviti masjid dan bilik mesyuarat.

Bilik Qismul Aulad

  • Bilik aktiviti kanak-kanak semasa program utama seperti Solat Tarawih dan Bicara Ilmuwan Islam
  • Menampung 30 orang kanak-kanak pada satu masa

Lobi Utama

  • Menampung 500 orang Jemaah untuk Solat Jumaat dan Hari Raya.
  • Digunakan untuk, pameran, aktiviti dan ruang makan untuk pelbagai program

Dewan Akad Nikah

  • Disediakan bagi pasangan yang ingin melangsungkan pernikahan di MAMBS.
  • Menampung 50 orang tetamu

Untuk tempahan dewan, boleh muat turun borang tempahan dan hantar kepada Pejabat Pengurusan Masjid Al-Muktafi Billah Shah. Hubungan lanjut, hubungi Ustazah Fatihah di talian 019-950 7176 atau pejabat MAMBS di talian 09-631 8453.